aku mencari sebuah memori yang dulunya lenyap kini satu persatu mencantum menjadi satu cerita kisah antara kau dan aku
Di saat ini hatiku terluka lagi setelah lama kucuba melupakanmu kini kau menjelma lagi menagih kepastian untuk kembali menganyam cinta yang dulu kau musnahkan
Di saat ini aku terkurung dalam kemelut dilema kuakui cintaku padamu masih lagi utuh sama seperti dulu walaupun kau pernah melukai hatiku namun hebat sangat ke cintamu sehingga aku tidak bisa melupakanmu?
Di saat ini aku keliru antara menerima cintamu kembali atau terus melangkah tanpa menoleh kenangan cinta yang dulu kecundang? aku tak pasti kerana di saat ini aku bungkam membuat pilihan
Jika anda bercita-cita menjadi guru dan ditawarkan belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), jangan cepat teruja. Ini kerana, anda belum tentu lagi menjadi guru sekalipun anda berjaya mendapat segulung ijazah dari universiti ini
Masyarakat masih beranggapan bahawa nasib graduan ijazah pertama UPSI sama seperti graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu mereka akan menjadi guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah Malaysia. Anggapan ini salah. Semakin hari, UPSI semakin melupakan peranannya mendidik dan melahirkan guru Malaysia dan semakin ghairah menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru.
UPSI meminggirkan bidang pendidikan siswazah guru secara sistematik dengan berselindung di sebalik nama perancangan penjenamaan dan penstrukturan semula fakulti. Semua kursus-kursus yang berkaitan dengan subjek mata pelajaran sekolah di kesemua lapan fakulti yang ada sebelum ini mula dipinggirkan dengan melonggokkannya di satu fakulti saja iaitu Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
Tindakan peminggiran ini jelas apabila pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus-kursus Sains dan Matematik untuk bakal-bakal graduan guru sekolah dikeluarkan dari Fakulti Sains dan Teknologi serta dilonggokkan di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
Alasannya, pensyarah-pensyarah ini fokus kepada subjek Sains dan Matematik yang akan diajar di sekolah-sekolah dan seharusnya dipindahkan ke fakulti berkenaan. Saki baki Fakulti Sains dan Teknologi yang tertinggal diberi penjenamaan semula dengan nama Fakulti Sains dan Matematik.
Jika berasaskan kepada sebab yang diberikan, ini bermakna Fakulti Sains dan Matematik hanya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru sahaja. Jika UPSI membuat pengkelasan berdasarkan kriteria sebegini, kesannya nanti, hanya tinggal Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia sahaja yang mendidik graduan bakal guru manakala lapan fakulti lain yang selebihnya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka.
Layakkah UPSI terus memegang gelaran universiti pendidikan jika nanti hanya satu daripada sembilan fakultinya yang fokus kepada pendidikan guru? Apa akan jadi dengan tujuh fakulti lama yang tinggal dan satu fakulti baru yang telah ditubuhkan? Semuanya untuk pasaran terbuka bukan guru?
Sebenarnya, penstrukturan semula fakulti lebih kepada gimik pihak pengurusan untuk mengaburi mata masyarakat yang kononnya telah berlaku perubahan besar di UPSI. Kenyataannya, perubahan hanya kepada kedudukan bilik-bilik pensyarah akibat dipindahkan ke ‘fakulti longgok’. Mereka masih mengajar mata pelajaran yang sama kepada pelajar. Tidak ada apa-apa nilai tambah yang diperoleh daripada penstrukturan ini, selain menyusahkan pihak-pihak yang terlibat. Inilah penjenamaan semula dan penstrukturan semula fakulti yang UPSI banggakan sekarang.
UPSI kini berhasrat untuk menggadaikan warisan tradisinya mendidik guru. Sedangkan universiti-universiti lain berusaha untuk menawarkan lebih banyak kursus pendidikan tetapi UPSI sendiri mula meminggirkan bidang pendidikan guru yang menjadi darah daging UPSI sejak zaman SITC tahun 1922 lagi. Inilah salah satu contoh masalah yang berlaku.
Barangkali UPSI berpendapat, hak untuk menawarkan sebarang kursus adalah hak UPSI. Masalah untuk menempatkan graduannya di sekolah-sekolah adalah masalah Kementerian Pelajaran. UPSI tidak perlu fikir itu semua sebab yang paling penting, UPSI boleh nampak gah menawarkan kursus-kursus yang tidak ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru atau mana-mana IPTA lain. Masalah penempatan guru untuk graduannya, biarlah kementerian berkenaan yang selesaikan.
Nyata sekali, UPSI tidak pernah mengkaji sedalam-dalamnya pasaran guru untuk kesemua graduannya. Semakin hari, semakin galak UPSI merancang dan menawarkan pelbagai kursus yang tidak relevan dengan keperluan kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia. UPSI semakin lupa diri dan merasakan ia perlu sama dengan IPTA lain. Sebab itulah UPSI ingin sama-sama berlumba dengan IPTA dan IPTS lain dalam menawarkan lebih banyak kursus untuk pasaran bukan guru.
Sifat angkuh UPSI sekarang yang enggan memahami keperluan kementerian adalah punca utama masalah penempatan graduannya di sekolah-sekolah. Untuk mengubat hati, UPSI mengatakan bahawa graduannya masih boleh menjadi pensyarah di politeknik.
Sebenarnya, peratusan graduan UPSI yang berjaya menjadi pensyarah di politeknik amatlah kecil. Jika benar peratusannya tinggi, hebahkanlah jumlah peratusannya kepada masyarakat supaya boleh menjadi kebanggaan. Masyarakat di luar sana berhak tahu kerana mereka yang akan menghabiskan banyak duit menghantar anak-anak mereka belajar di UPSI.
Kepada anda yang benar-benar bercita-cita menjadi guru, anda berhak membuat pilihan yang lebih tepat. Ketika ini, pilihanterbaikanda adalah Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana selain mendapat bantuan elaun semasa belajar, peluang untuk ditempatkan di sekolah-sekolah juga jauh terjamin berbanding graduan UPSI. Setidak-tidaknya, anda tidak akan menganggur untuk satu tempoh yang lama sambil menanggung beban dengan hutang PTPTN. Semak semula surat tawaran anda jika ditawarkan ke UPSI dan fahamilah erti sebenar ‘kursus terbuka’ jika tertulis di dalamnya. Pilihan sebenar di tangan anda.
Jika ada yang bilang ku lupa kau Jangan kau dengar Jika ada yang bilang ku tak setia Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat Ku menolak Semua itu kerna ku cinta kau
Jika ada yang bilang ku tak baik Jangan kau dengar Jika ada yang bilang ku berubah Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat Ku menolak Semua itu kerna ku cinta kau Kau
Saat kau ingat aku ku ingat kau Saat kau rindu aku juga rasa Ku tahu kau slalu ingin denganku Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan Tuhan yang tahu ku cinta kau
Jika kau tak percaya pada ku Sakitnya aku Jika kau lebih dengar mereka Sedih hatiku Banyak cinta yang datang mendekat Ku menolak Semua itu kerna ku cinta kau
Pada suatu hari ada seekor ayam sedang bertelur di rimbunan lalang. Agak lamalah sudah ia bertelur, dan setelah selesai, ada tujuh biji kesemuanya. Tidak ada yang mengganggunya sejak mula ia bertelur hingga kini mulai mengeram. Hanya beberapa hari dia mengeram, maka telurnya mula menetas.
Pada masa itu ada seekor musang yang sedang lapar sebab sudah lama tidak mendapat makanan. Musang itu berjalan-jalan mencari makanan, tetapi tidak ada apa-apa yang dijumpainya. Tiba-tiba dia ternampak tempat ayam itu bertelur di dalam rimbunan lalang. Berkatalah Si Musang, "Eh, biarlah saya pergi melihat kalau ada apa-apa di situ." Si Musang berjalan, dan apabila dia sampai di rimbunan lalang itu, dia nampak ada seekor ayam masih mengeram, sebab baru tiga biji telurnya sudah menetas. Si Musang pun berkata, "Hai, engkau ada di sini pula. Berapakah telurmu?"
Jawap Si Ayam, "Ada tujuh biji sahaja, tetapi janganlah makan saya dahulu, sebab telurku belum habis menetas. Nanti engkau tidak akan kenyang."
Jadi Si Musang pun bertanya, "Kalau begitu bilakah habis menetas kesemua telurmu itu?"
Si Ayam berkata, "Lama lagi sebab baru satu sahaja yang sudah menetas sekarang, "pada hal tigalah telurnya sudah menetas. "Tunggulah enam hari, pada hari yang ketujuh, datanglah lagi ke sini, tentu semuanya akan menetas," sambung Si Ayam.
"Baiklah," kata Si Musang. Si Musang betul-betul nak makan sebab dia sudah lapar. Semenjak enam hari itu dia berjalanj-alan mencari makanan. Tiap-tiap hari dia pergi memeriksa Si Ayam. Pada hari yang kelima, semua telur itu sudah menetas. Tapi Si Ayam belum meninggalkan tempatnya sebab anak-anaknya belum pandai berjalan. Si Musang pula mengira hari yang dia harus balik ke tempat itu sebab dia akan pergi makan ayam itu. Kini ada satu hari lagi. Pada hari itu, Si Ayam pergi mengambil duri untuk diletak di tempat mengeram, dan hari itu juga ia pergi bersama-sama anak-anaknya, lari pulang kepada empunya.
Hari yang ketujuh pun sampai, dan Si Musang pun datang. Sangka Si Musang ayam itu masih berada di sana. Apabila dia sudah sampai di tempat Si Ayam bertelur, dengan pantas dia melompat ke bekas sarang Si Ayam. Wah! Apa lagi seluruh badannya habis terkena duri. Dia tidak dapat makan ayam. Akhirnya Si Musang mati sebab tercucuk duri.