dihimpit luka
diselubungi kabus hitam
dibelenggu awan pilu
dikepung zionis durjana
kejam!
begitu rakus menghirup darah
insan-insan yang tidak berdosa
Puak zionis talam dua muka
terus menerus memyembunyikan kebenaran
mengkhabarkan berita palsu
berkiblatkan nafsu!
Ramai yang terkorban
dihujani senjata tak bermata
peluru bersimpang- siur
bom berdentum-dentum
mayat bergelimpangan
pekikan melolong, marah, benci bercampur baur
Ya Allah...
bantulah saudara-saudaraku di bumi Palestin
hapuskanlah puak zionis yang kejam
sesungguhnya
saat itu akan tiba
nasib saudara-saudaraku akan terbela
kerana kitab Mu tidak mungkin berdusta..