Thursday, November 18, 2010

Part 3: Watak dan Perwatakan

ANUARIZA

Merupakan anak angkat kepada Solehah dan abang angkat kepada Azuera. Anuariza merupakan lepasan STPM. Anuariza juga digambarkkan sebagai seorang pemuda yang cacat.

Perwatakan

>Seorang yang pintar

-Anuariza seorang yang pintar. Anuariza pernah ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh namun terpaksa ditolak kerana kesempitan hidup yang ihadapinya. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya namun dia tetap Berjaya walaupun masih bersekolah di sekolah kampung. Hal ini juga dapat dibuktikan apabila dia Berjaya memeperolehi 6 A dalam STPM.

>Seorang yang prihatin

-Anuariza seorang abang yang prihatin terhadap adiknya. Dia tidak mahu adiknya Azuera terganggu dengan perbincangannya mengenai masalah Syed Fariz. Dia tidak mahu penumpuan adiknya terganggu. Walaupun dia tidak kisah dengan masa dan tempat untuk mengulangkaji pelajaran. Namun, dia tetap akan sentiasa memastikan adiknya belajar dalam keadaan selesa. Selain itu keprihatinan Anuariza dalam dilihat ketika Anuariza begitu bimbang dengan masalah yang dicetuskan oleh Syed Fariz. Dia menganggap Syarifah Fariesya dan Syed Fariz macam adiknya dan menjadi tnggungjawabnya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

>Seorang yang rajin

-Walaupun cacat Anuariza tidak pernah rasa pergerakannya terbatas. Dia begitu rajin menyara keluarganya. Walaupun keadaan yang tidak baik Anuariza tetap ingin mengambil buah-buah asam kelubi di hutan walaupun sudah ditegah oleh ibuu dan adiknya. Namun, Anuariza tetap ingin kehutan untuk mengambil buah tersebut kerana baginya apabila buah tersebut dijual ia kan mendatangkan hasil yang boleh mengurangkan sedikit beban ibunya.

>Bijak menangani masalah

-Anuariza bijak menangani masalah yang dihadapi oleh Syed Fariz. walaupun usianya masih muda namun ia tidak menghalang Anuariza menangani maslah tersebut. Baginya dengan kekerasan bukanlah jalan yang terbaik untuk hadapi Syed Fariz sebaliknya adalah dengan kasih saying dan perhatian.


SYARIFAH FARIESYA

Merupakan anak kepada Syed Mustapa dan kakak kepada Syed Fariz. Belajar dalam tingkatan lima dan merupakan cucu kepada Nek Siah. Syed Fariesya telah kematian ibu dan telah berpindah ke kampung.

>Pentingkan diri sendiri

-Sikap ini dapat dilihat ketika Syarifah Fariesya bertindak lari dari rumah. Seluruh keluarganya tidak menyangka Syarifah Fariesya mampu bertindak sedemikian kerana Syarifah Fariesya seoran remaja yang mempunyai perwatakan pendiam. Syarifah Fariesya bertindak larikan diri dari rumah kerana tidak mahu ayahnya Syed Mustafa berkahwin dengan ibu Anuariza. Baginya perkahwinan ini akan menghalang cintanya terhadap Anuariza. Syarifah Fariesya tidak mahu dia dan Anuariza menjadi adik beradik. Syarifah Fariesya juga mahu Anuariza yang menjemputnya di Kuala Lumpur walaupun Anuariza menyatakan bahawa dia tidak mengetahui jalan ke Kuala Lumpur.

>Penyayang

-Sharifah Fariesya sayangkan adiknya Syed Fariz. Dia bertindak merahsiakan perbuatan adiknya daripada pengetahuan nenek dan ayahnya kerana dia tidak mahu adiknya kena marah dan dipukul oleh ayahnya.


AZUERA

Anak kepada Soleha dan adik angkat kepada Anuariza. Telah lama kematian ayah dan belajar dalam tingkatan tiga.

>Seorang yang penyayang

-Azuera sorang yang penyayang. Dia begitu risau akan keselamatan abangnya ketika abangnya menyuarakan hasrat ingin mengambil buah kelubi di dalam hutan. Azuera tidak bersetuju dengan keinginan abangnya kerana baginya keselamatan abangnya yang terancam kerana keadaan hutan yang baru sahaja hujan. Keadaan Payah yang bahaya kerana binatang buas yang berkeliaran mencari perlindungan selepas waktu hujan.

>Rajin

-Azuera seorang pelajar yang rajin. Dia begitu rajin menentelaah pelajarannya. Baginya dia ingin seperti abangnya yang bijak dalam akademik dan juga tidak mengabaikan kokurikulum. Dia mahu seperti abangnya yang yang merupakan pelajar bijak dan pelajar contoh di sekolah serta dicalonkan sebagai tokoh pelajar. Walaupun dia tidak begitu menyukai kegiatan kokurikulum. Namun, dia bergiat cergas dalam kokurikulum sekolah dan persatuan. Dia merupakan pemegang gelaran juara pemidato peringkat kebangsaan serta muncul juara dalam tilawah alQuran dan naib johan dalam syarahan.

>Bijak

-Azuera digambarkan seorang pelajar yang bijak. Dia pernah ditawarkan bersekolah di sekolah asrama penuh. Nanum, dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana ekonomi yang tidak mengizinkannya. Baginya bersekolah dimana-mana tetap sama yang penting adalah usaha untuk Berjaya dalam pelajaran.


ROHAIZA

Seorang pelajar yang menuntut dalam tingkatan tiga serta merupakan rakan sekelas kepada Syed Fariz. Rohaiza merupakan anak kepada Khusyairi iaitu sahabat Syed Mustapa yang berkerja sebagai penoreh getah.

>Baik hati

-Rohaiza seorang remaja yang baik hati, ini dapat dilihat daripada peristiwa dia membantu Syed Fariz yang pengsan. Dia tetap ingin membantu Syed Fariz walaupun Syed Fariz tidak melayan dengan baik dan menganggapnya sebagai musuh.

>Pentingkan pelajaran

-Rohaiza begitu pentingkan pelajarannya. Dia tidak mahu kecundang dalam peperiksaan yang bakal dihadapinya. Oleh itu dia cuba untuk berkawan dengan Syed Fariz dengan tujuan agar dapat meminjam buku rujukan serta majalah yang diperlukannya daripada Syed Fariz. namun, Syed Fariz tidak menyambut salam persahabatan daripadanya.


SYED MUSTAFA

Bapa kepada Syed Fariz dan Sharifah Fariesya dan anak kepada Nek Siah. Syed Mustafa telah kematian isteri.

>Penyayang

-Syed Mustapa sangat sayangkan anak-anaknya. Dia berkerja siang dan malam adalah untuk kebaikan anak-anaknya. Dia tidak mahu anak-anaknya berasa susah. Dia mahu kebajikan anaknya terjaga.

>Panas baran

-Syed Mustafa digambarkan seorang yang panas baran, ini dapat dilihat ketika Syed Fariz membuat masalah. Syed Mustapa bertindak dengan memukul Syed Fariz. namun, ibunya menghalang kerana baginya bertindak memukul bukannya dapat menyelesaikan masalah sedang perkara sudah berlaku sepatutnya Syed Mustapa duduk berbincang bagaimana hendak selesaikan masalah.

>Cetek pemikiran

-Syed Mustapa memberika segala kesenangan dan kekayaan kepada anak-anaknya. Namun, dia tidak tahu mengapa anaknya berkelakuan seperti itu. Dia rasa segala yang dia lakukan sudah cukup untuk anak-anaknya tetapi dia terlupa bahawa kasih saying dan perhatian amat penting untuk anak-anak. Syed Fariz bertindak sedemikian adalah ingin medapatkan perhatian daripadanya kerana syed Mustapa yang terlalu sibuk berkerja sehinggakan tidak mempunyai masa untuk anak-anaknya.


SOLEHAH

Solehah adalah ibu kepada angkat Anuariza dan Azuera. Solehah merupakan ibu tunggal yang telah lama kematiaan suami. Dialah yang menyara anak-anaknya dengan hasil jualan getah.

>Mengenang budi

-Solehah digambarkan seorang wanita yang mengenang budi. Solehah menganggap Nek Siah adalah keluarganya kerana Mak Siah yang terlalu banyak membantu Soleh sekeluarga sejak kematian suaminya. Dia meminta anaknya Anuariza agar membantu Nek Siah dalam menangani masalah yang ditimbulkan oleh Syed Fariz kerana baginya adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu keluarga Nek Siah kerana jasa dan bantuan yang telah dihulurkan oleh nek siah. Lagipun Nek Siah juga menganggap mereka bukan orang leain lagi tetapi adalah sebahagian daripada keluarga walaupun tidak mempunyai hubungan darah.

>Penyayang

-Solehah seorang ibu yang penyayang kepada anak-anaknya. Dia membesarkan anak-anaknya seorang diri selepas kematian suamainya. Sayangnya terhadap anak-anaknya tidak pernah berbelah bagi walaupun Anuariza bukanlah anak kandungnya. Dia tidak pernah membezakan anak-anaknya antara satu dengan yang lain.

>Bertanggungjawab

-Walaupun dalam keadaan serba kekurangan namun, itu tidak menghalang Solehah menyekolahkan anak-anaknya. Baginya pendidikan adalah perkara yang sangat penting. Nek Siah dan suaminya turut serta membantu Anuariza dan Azuera agar dapat bersekolah seperti kanak-kanak yang lain.


SYED FARIZ

Syed Fariz merupakan pelajar tingkatan 3 dan rakan kelas kepada Rohaiza. Syed Fariz digambarkan pelajar lelaki yang tampan. Syed Fariz merupakan anak kepada Syed Mustafa dan adik kepada Sharifah Fariesya.

>Cetek pemikiran

-Syed Fariz menggunakan cara yang salah untuk menarik perhatian ayahnya. Ayahnya yang terlalu sibuk berkerja sehinggakan dia berasa tersisih dan kurang perhatian daripada ayahnya. Dia mengambil jalan yang salah dengan berkelakuan buruk agar ayanhnya memberikan perhatian kepadanya. Namun, semua itu hanyalah mengundang masalah kepadanya sehinggakan dia ditahan oleh polis kerana menganiayai Rohaiza.

>Berperangai buruk

-Untuk menarik perhatian ayahnya Syed Fariz bertindak dengan berkelakuan buruk di sekolah iaitu menubuhkan ahli kumpulan yang bergabung dengan Lily Surihani. Kumpulan yang ditubuhkan olehnya ini merupakan kumpulan yang ditakuti di sekolah. Mereka menjalankan peras ugut, hidu gam serta mencuri. Syed Fariz juga pernah ditahan oleh polis kerana hampir merogol Rohaiza.

>Menginsafi diri

-Pada permulaan carita Syed Fariz digambarkan seorang remaja yang berkelakuan yang tidak baik. Namun, akhirnya Syed Fariz menginsati segala perbuatan yang dilakukannya.

>Anak yang baik

-Semasa ibunya masih hidupSyed Fariz pernah ternampak ayahnya keluar dengan perempuan lain. Namun, dia dan kakaknya tidak memberitahu ibunya kerana keadaan ibunya yang pada masa itu yang tidak sihat. Dia tidak mahu kesihatan ibunya terjejas dengan khabar yang dibawanya. Syed Fariz dan Syarifah Fariesya bertindak mendiamkan diri.


NEK SIAH

Nek Siah merupakan ibu kepada Syed Mustapa dan nenek Syed Fariz dan Syarifah Fariesya.

>Dermawan

-Nek Siah seorang dermawan. Hal ini dapat dilihat ketika dia dan suaminya membantu keluarga Anuariza. Dia bertindak memberi pertolongan kepada Anuariza dan keluarga ketika mereka tidak mempunyai tempat tinggal. Dia membenarkan Solehah membina rumah diatas tanahnya tanda sebarang bayaran. Disamping itu membantu Solehah menyekolahkan anak-anaknya kerana dia tahu Solehah tidak mampu untuk meneyekolahkan anak-anaknya.

>Prihatin

-Nek Siah sudah beberapa kali meninjau untuk memerhatikan keperluan cucu-cucunya mencukupi serta memastikan mereka betul-betul belajar. Nek Siah sentiasa memautau Anuariza dan cucunya yang lain, kerana baginya walaupun Anuariza seorang remaja yang mempunyai akhlak yang baik. Namun, dia perlu memantau setiap masa lebih-lebih lagi bila ia melibatkan pergaulan yang berlainan jantina. Dia tidak mahu pergaulan Sarifah Fariesya dan Anuariza menjdi buah mulut orang kampung nanti.

No comments:

Post a Comment