Thursday, March 17, 2011

Cerpen Gersang

Menceritakan tentang seorang lelaki tua iaitu seorang pengemis dengan seorang budak bernama Sumi. Lelaki tua itu menjumpai Sumi di tempat pembuangan sampah lalu mengambilnya menjadi cucu angkat. Lelaki tua itu terpaksa menjadi pengemis untuk meneruskan hidup menyara hidupnya dengan Sumi. Pihak kerajaan telah merobohkan rumah tempat tinggal lelaki tua itu dengan Sumi. Lelaki tua itu dengan Sumi terpaksa mencari tempat baru.

Monday, March 14, 2011

Cerpen SMSB

Mengisahkan seorang gadis yang bernama Zaniyah yang terlanjur dengan kekasihnya iaitu Zaney. Zaniyah melahirkan bayinya dan meninggalkan bayi tersebut di pinggir Hutan Lembah Dara Terbelah. Namun Zaniyah akhirnya insaf apabila melihat kejadian seekor ibu monyet yang berusaha menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa buaya walaupun ibu monyet itu terpaksa menjadi korban. Zaniyah akhirnya mendapatkan kembali anaknya.

Cerpen BKA

Ayah Karim menegur dan menasihati Karim supaya berubah sikap dan jangan jadi malas. Sejak teguran ayahnya, Karim mengambil keputusan untuk mengubah hidupnya. Karim berjanji pada diri sendiri dan ayahnya bahawa dia akan berusaha untuk berjaya dalam hidup, dia mahu berdikari sendiri dan mempunyai visi serta matlamat hidup iaitu menjadi usahawan yang berjaya suatu masa nanti seperti yang diinginkan oleh ayahnya. Akhir cerpen ini ialah, Karim akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya malah memiliki syarikat dan pejabat sendiri. Karim berjaya akhirnya kerana mendengar nasihat dan teguran ayahnya, ibunya, pesanan Ustaz Hanafi dan syarahan perdana Encik Khalid di padang belia daerah Pokok Sena.

Part 4 : Nilai dan Pengajaran

NILAI
>Kasih sayang

Nilai kasih sayang dapat kita lihat melalui watak Solehah dimana sikap yang kaya dengan kasih sayang membuatkan Anuariza terasa bahagia bersama Solehah walaupun Solehah bukan ibu kandungnya. Ini dapat kita lihat melalui petikan dalam novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid :

Dalam jerih payah menanggung derita dan rindu berpanjangan, dia tetap bahagia di sisi Solehah. Wanita yang kaya kasih dan sayang.(m/s 2)

Mereka mungkin kekurangan malah dhaif di mata masyarakat berada dan sempurna , tetapi kebahagiaan dan limpah kasih sayang, sering membuatnya tersenyum (m/s 2)

>Taat

Sikap taat pada perintah orang tua dapat kita lihat melalui watak yang dibawa oleh Anuariza, walaupun Anuariza bertekad mahu masuk ke hutan untuk mengutip hasil buah yang telah dikumpul namun niatnya dibatalkan kerana tidak mendapat restu Solehah dan Nek Siah. Contohnya dapat kita lihat dalam petikan :

Anuariza mengeluh berat. Solehah tidak membenarkannya pergi. Berat hatinya mahu meninggalkan ibunya tanpa keizinan dan restu (m/s 4)

> Rajin/Cekal

Sikap rajin berusha dapat kita lihat melalui watak Anuariza yang tidak mudah putus asa untuk terus mencari rezeki demi tanggungjawabnya menyara keluarga. Walaupun tindakan yang diambil bakal mengundang bahaya kepada dirinya. Demi keselesaan hidupnya sekeluarga Anuariza sanggup meredah hutan belantara yang penuh dengan binatang buas dan berbisa asalkan dia dapat mendapatkan sedikit rezeki untuknya mengisi perut ibu dan adiknya. Contoh petikan :

Kopiah putih di kepala ditangglkan. ” Aku mesti meneruskan. Biar peritbagaimanapun aku mesti ke sana,”hatinya membentak sendiri. Semalam dia ke paya , mengutip buah asam kelubi untuk dijual kepada Ah Chong, peraih di kampung itu yang sering membeli hasil titik peluhnya dengan harga yang tinggi. Tetapi disebabkan senja sudah menjegah dan langit kian suram membawa tanda hujan akan turun, dia terpaksa meningglkan kutipanya di sana. Dia berazam untuk membawa buah-buahan itu keluar keesokan harinya. Malangnya, hujan yang meledak sepanjang malam tadi menghalang dia meredah belukar itu kembali (m/s 2)

>Mengenang jasa

Sikap ini telah ditonjolkan oleh watak utama dalam novel Jeriji Kasih iaitu Anuariza, kerana berasa terhutang budi pada Nek Siah, Anuariza bersetuju dengan cadangan Syed Mustafa untuk memberi tuisyen kepada Syed Fariz. Sekaligus dapat membantu menambah pendapatan keluarganya. Ini boleh dilihat dalam petikan:

Anuariza tiada jalan lain selain bersetuju dengan cadangan Syed Mustafa untuk memberi tuisyen kepada Syed Fariz. Selain membalas budi Nek Siah yang telah dianggap seperti nenek sendiri, dapat juga dia menambah pendapatan keluarga sementara menunggu keputusan STPM diumumkan. (m/s 9)

>Merendah diri

Sikap merendah diri perlu ada dalam diri setiap orang, sikap ini merupakan suatu sikap yang harus dipuji, melalui watak Anuariza kita dapat lihat sikap rendah diri yang tinggi berada dalam dirinya, walaupun berkebolehan dalam pelbagai aspek tetapi tetap merasakan dirinya banyak kelemahan dan kekurangan. Contohnya dapat kita lihat :

"Pak Syed tahu Nuar berkebolehan, banyak yang nenek Nuar ceritakan berkenaan Nuar dan tengok rupa saja tahu Nuar bijak.”

"Tak adalah. Saya masih kekurangan banyak perkara.” (m/s 10)

>Hormat–menghormati

Sikap hormat ini dapat kita lihat sewaktu perbualan antara lesya, Azuera, Anuariza dan Syed Mustafa. Sikap hormat menghormati kepada mereka yang lebih tua harus dipupuk dengan menggunakan istilah yang betul apabila berbual. Sikap ini dapat menonjolkan nilai budaya kita sebagai orang Melayu yang penuh kesopanan. Contoh petikan:

"Ya? Terima kasih. Saya suka dengan kombinasi warnanya. Awak mengecatnya sendiri?”

"Awak?” Azuera kurang senang dengan ganti nama Anuariza itu.

"Abang Nuar, kak, Azuera membetulkan iesya.Dia mahu orang menghormati Anuariza.

“Betul tu, Iesya. Panggil Abang Nuar, itu lebih manis. Di bandar tak sama dengan di kampung. Iesya mesti belajar daripada Zura." (m/s 12)

>Kerjasama

Sikap ini dapat kita lihat melalui masyarakat kampung yang bersama-sama bergotong royong dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hubungan erat antara penduduk menjadikan kerja yang bakal dilaksanakan menjadi mudah. Contohnya boleh dilihat melalui petikan:

Menurut Nek Siah, belakang rumah besar Syed Ubaidillah itulah tapak pestanya. Selepas selesai solat isyak berjemaah di surau berhampiran, mereka akan memasang unggun api di tanah lapang milik Syed Ubaidillah itu, kaum ibu sibuk menyediakan juadah sementara kaum lelaki bertungkus lumus menghimpit, mengetuk dan menadah minyak yang merenek, menitis ke dalam tadahan. (m/s 16 )

>Nilai Ukhuwah

Nilai ukhuwah sesama manusia harus dipupuk bagi melahirkan masyarakat yang hidup bersatu dan harmoni, nilai ukhuwah yang tinggi amat digalakkan dalam Islam dan kehidupan kita seharian. Contoh dapat dilihat melalui petikan:

Menurut Nek Siah lagi, bukan kerana minyak dan buah-buah itu yang begitu penting dan mustahak, tetapi nilai keakraban tetangga sewaktu mengutip dan memproses minyak ketiau itu yang menjadikannya bibit nostalgia yang kekal dalam ingatan. (m/s 16 )

> Patuh suruhan agama

Sikap patuh pada setiap agama yang dianuti sangat dituntut, agama memainkan peranan yang penting dalam memacu kehidupan kita didunia dan menjadi penyebab kehidupan kita diakhirat. Sejauh mana mereka yang mentaati perintahNya akan beroleh kejayaan hidup dunia dan akhirat. Sikap patuh pada agama dapat kita lihat melalui watak Anuariza dan Syed Mustafa . Contoh petikan:

Di pertengahan jalan, Anuariza mendongak ke langit. Dia membuat ramalan bahawa waktu solat zuhur telah masuk dan menyuarakan hal ini kepada Syed Mustafa . Mereka menunaikan solat setelah sampai ke tepi paya yang bakal mereka seberangi sekali lagi nanti. Syed Mustafa mengganguk bersetuju, seraya mengeluh kerana terlupa memakai jam tangan. (m/s 24)

>Yakin/Berani

Sikap yakin dan berani merupakan sikap yang perlu ada dalam diri setiap manusia dalam mengatasi sesuatu. Sikap ini telah ditonjolkan oleh watak utama dalam novel Jeriji Kasih iaitu Anuariza kerana yakin dengan kebesaran Allah melalui perantaraan ayat Al-Quran pahlawan rimba dapat diatasinya dengan mudah serta keyakinan Anuariza pada Allah yang maha berkuasa dan makhluk lain tidak boleh memberi mudarat dengan izin dariNya. Contoh sikap yakin dan beraninya dapat dibuktikan pada petikan:

"Saya pernah terserempak dengan Pak Belang tapi alhamdulilah, dengan membaca ayat Kursi dan surah al-Ikhlas, Allah menutupkan pandangan pahlawan rimba itu.” Dia tersenyum merendah diri. (m/s 27)

“Awak yakin?”

“ Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar dan menyukai hambaNya yang meminta dariNya tidak daripada makhluk lain.” (m/s 27)

>Pemaaf

Sikap pemaaf ini juga dapat kita lihat dalam diri watak utama iaitu Anuariza. Anuariza mempunyai sifat pemaaf dan tidak pula berdendam dengan ibubapa kandungnya dan tidak pula membenci malah akan terus menyayangi mereka walaupun mereka meningglkan Anuariza tanpa sebarang berita . Ini boleh dilihat melalui petikan:

Sudah berkali-kali dia memujuk hati , namun perasaan tidak puas hati dan bencinya pada nasib yang menimpa, muncul mengocak iman. Kembali dia beristighfar, bermunajat kepada Allah, minta diberi ketenangan.

Ibu tetap ibu, ayah tetap ayah. Tanpa mereka tidak ada aku di dunia ini. (m/s 34)

>Perihatin

Sikap perihatin ini dapat kita lihat dalam diri watak yang dibawa oleh Anuariza yang memberi perhatian penuh kepada Syed Fariz yang juga merupakan anak kepada Syed Mustafa . Contoh yang membuktikannya dalam petikan:

Anuariza pula semakin bimbang dengan perkembangan kurang sihat Syed Fariz. Dia bukan sahaja semakin tidak berminat dengan pelajaran, malah berbual dengan ahli keluarganya juga tidak. ( m/s 67)

PENGAJARAN

Dalam novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid banyak pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan iktibar serta panduan khususnya kepada pelajar-pelajar aliran Sastera yang mengambil dan mengkaji novel ini. Dalam novel Jeriji Kasih pengarang cuba menjadikan watak utama yang kekurangan fizikal malah tidak sesempurna fizikalnya tetapi semua itu dapat ditutup dengan kelebihan yang menjadikan dirinya disayangi dan dikagumi oleh masyarakat sekeliling khususnya keluara Syed Mustafa. Antara pengajaran yang boleh diambil ialah:

>Kita tidak seharusnya bertindak mengikut perasaaan kelak tindakan yang mengikut perasaan akan mendatangkan kemudaratan kepada diri dan mereka yang menyayangi kita. Contohnya tindakan melulu Syed Fariz yang akhirnya menyebabkan dirinya berada dalam penjara kerana dituduh mencabul kehormatan Ruhaiza. Selain itu tindakan Syed Fariz menubuhkan kumpulan yang terdiri dari pelajar-pelajar yang bermasalah tidak wajar dicontohi, ini kerana tindakan Syed Fariz akan menggelapkan masa depan dirinya sendiri. Oleh itu pengajaran dari cerita Jeriji Kasih harus diambil serta dijadikan tauladan oleh para remaja khususnya bagi menjamin masa depan yang cerah .

>Kita hendaklah mencontohi sikap rajin serta kecekalan Anuariza selaku watak utama dalam Jeriji Kasih, ini kerana sifat yang rajin serta cekal membuatkan dirinya disayangi, dihormati dan berjaya dalam kehidupannya. Ini dapat kita lihat keputusan STPM Anuariza yang membolehkan dirinya menyambung pengajian ke peringkat Universiti. Seharusnya para remaja harus menjadikan watak Anuariza sebagai watak yang menjadi pemangkin kepada kejayaan yang ingin mereka kecapi. Ini kerana Anuariza yang tidak sesempurna fizikalnya boleh berjaya dan mengalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas kematian ayah angkat tercinta inikan kita manusia yang dilahirkan cukup segalanya.

>Kita janganlah pentingkan diri sendiri, kerana sikap mementingkan diri tidak membawa kejayaan pada diri malah akan merugikan diri sendiri. Sikap pentingkan diri tidak wajar dicontohi oleh para remaja khususnya golongan pelajar. Ini dapat dilihat melalui watak anak gadis Syed Mustafa kerana mencintai Anuariza sanggup mengenepikan hubungan ukhuwah sesama keluarga dan melarikan diri bagi mengugut ayahnya Syed Mustafa agar tidak mengahwini Solehah ibu kepada Anuariza. Sikap yang diambil oleh Farisya tidak menampakkan ciri-ciri kematangan. Kerana sikap yang tidak matang seluruh ahli keluarga kedua belah pihak merasa sebersalah atas keputusan yang bakal diambil.

>Kita hendakalah mematuhi ajaranNya serta meninggalkan segala larangaNya. Agar hidup kita di dunia dan di akhirat diberkati oleh Tuhan yang Maha kuasa. Sikap Anuariza yang beriman keatas Penciptanya membuatkan Anuariza dapat menempuhi segala rintangan serta cabaran yang dilaluinya dengan penuh sabar serta berani. Para pelajar seharusnya tidak melupakan Tuhan yang telah memberikan nikmat hidup kita di dunia insyaAllah juga di akhirat. Kerana Allah yang menjadikan sesuatu. Ini kerana tanpa izin Allah tidak akan berlaku apa yang tidak dikehendakiNya. Sebagai seorang pelajar seharusnya kita tidak seharusnya berhenti dari memohon keampunan serta selalu mensyukuri pemberianNya, agar apa yang kita perolehi akan kekal dan membawa kejayaan dunia dan akhirat.

>Kita hendaklah mempunyai perasaan saling hormat-menghormati sesama manusia khususnya mereka yang lebih tua pada kita. Anuariza telah menunjukan sikap yang sedemikian dan terbukti dirinya disayangi oleh semua khususnya keluarga Syed Mustafa. Oleh itu para pelajar harus mengambil contoh sikap ini dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.