TEMA
Tema ialah idea utama atau persoalan terpenting yang digarapkan oleh pengarang dalam menghasilkan sesuatu karya. Tema diungkapkan oleh pengarang sama ada secara eksplisit iaitu secara langsung dan secara implisit iaitu secara tidak langsung. Menurut Rahman Shaari, tema merupakan persoalan pokok atau persoalan utama sesebuah karya. Selain itu, tema juga boleh ditafsirkan sebagai idea pusat atau idea dasar yang terdapat dalam sesebuah karya. Novel “Jeriji Kasih” karya Ramlah Abdul Rashid mengungkapkan tema kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara. Kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara dapat dilihat melalui watak utama yang terdapat dalam novel tersebut iaitu Anuariza. Anuariza merupakan seorang remaja lelaki yang tergolong dalam kalangan insan istimewa dan merupakan anak angkat kepada Solehah dan arwah Tamrin amat gigih berusaha dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran dan serba kekurangan. Anuariza sanggup melakukan pelbagai kerja mata-mata untuk meringankan beban ibunya menampung perbelanjaan sekolah dia dan adiknya iaitu Azuera, Anuariza melakukan kerja seperti mengutip buah asam kelubi, menjerat burung untuk dijual, mengambil upah mengecat rumah dan lain-lain. Selain itu, Pengarang juga menggambarkan kegigihan watak Anuariza melalui sikapnya yang sanggup berusaha keras dalam menangani masalah Syed Mustafa dan anak-anak Syed Mustafa yang ketandusan kasih sayang
PERSOALAN
Perkara-perkara atau isi-isi kecil yang terdapat dalam sesuatu karya dan mempunyai kaitan rapat dengan tema. Biasanya, terdapat banyak persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam sesebuah karya yang dihasilkan. Terdapat banyak persoalan terdapat dalam novel “Jeriji Kasih” yang diketengahkan oleh pengarang melalui watak-watak dalam novel tersebut.
Kasih Sayang
Kasih sayang merupakan sesuatu perasaan yang lahir secara semula jadi dalam diri seseorang individu yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Kasih sayang amat penting bagi membina hubungan yang harmoni dan bahagia tanpa sebarang masalah. Kasih sayang yang diberikan mestilah bersifat sederhana dan sentiasa berterusan. Pengarang dalam novel ini mengungkapkan persoalan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira darjat dan harta. Hal ini dapat dilihat melalui watak Solehah yang memberikan kasih sayang kepada kedua-dua anaknya secara adil. Solehah menyayangi anak angkatnya yang cacat anggota iaitu Anuariza seperti dia menyayangi anaknya sendiri iaitu Azuera. Solehah memberikan pendidikan yang sama rata kepada kedua-dua anaknya dengan berusaha keras untuk memastikan agar kedua-dua anaknya dapat meneruskan persekolah. Sifat penyayang juga tergambar melalui watak Nek Siah, Nek Siah menyayangi Solehah, Anuariza dan Azuera sepertimana dia menyayangi keluarganya. Hal ini terbukti melalui sikap Nek Siah yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai emak dengan Solehah yang telah menjadi anak angkatnya. Nek Siah menyuruh anaknya Syed Mustafa dan Solehah berkahwin agar anak-anak Syed Mustafa dan Solehah dapat hidup dengan bahagia.
Tidak Mudah Berputus Asa
Putus asa sering kali dikaitkan dengan persaan hilang semangat atau kepercayaan terhadap perkara. Seseorang yang mempunyai jati diri dan azam yang kuat akan mendorong mereka untuk terus berusaha dalam melakukan sesuatu perkara sehingga mencapai kejayaan berbading seseorang yang tidak mempunyai jati diri dan keazaman yang kuat dalam melakukan sesuatu perkara. Kesusahan hidup menjadi pendorong untuk Anuariza terus berusaha dan tidak mudah berputus asas. Anuariza sanggup melakukan pelbagai kerja seperti mengecat rumah Syed Mustafa, menjual burung dan asam kelubi kepada Ah Chong, menorah getah dan mengambil upah menurunkan buah kelapa di dusun Haji Su’ud semata-mata untuk menampung perbelanjaan sekolah dia dan adiknya. Berkat usaha yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa, Anuariza akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Selain itu sikap tidak mudah mudah berputus asa juga tergambar melalui watak Anuariza dalam usaha untuk membantu keluarga Syed Mustafa yang berpecah-belah.
Bergotong-royong
Amalan atau aktiviti bergotong-royong amat penting dalam melakukan sesuatu perkara yang biasaya melibatkan anggota masyarakat agar sesuatu perkara yang dilakukan dapat disiapkan dengan cepat dan sempurna. Aktiviti bergotong-royong dalam novel Jeriji Kasih dapat diperhatikan melalui watak Syed Mustafa yang menceritakan tentang penduduk kampung yang bergotong-royong dalam proses mendapatkan minyak ketiau yang mengeluarkan bau wangi yang boleh digunakan sebagai minyak masak, dicampur ke dalam nasi dan kuih bingka. Selain itu, aktiviti bergotong-royong juga tergambar semasa berlakunya kenduri perkahwinan antara Syed Mustafa dan Solehah. Penduduk kampung datang memberikan bantuan seperti mencuci pinggan, mengemas rumah, mengangkut barang dan lain-lain. Aktiviti bergotong-royong ini turut disertai oleh sebuah keluarga cina iaitu keluarga Ah Chong yang telah lama menetap di kampung tersebut.
Baik Hati
Baik hati bermaksud bersikap baik dan suka menolong. Nek Siah merupakan seorang yang baik hati kerana dia sanggup membantu orang yang dalam kesusahan. Nek Siah membenarkan Solehah sekeluarga mendirikan rumah di atas tanahnya tanpa meminta sebarang bayaran apabila rumah solehah musnah dihempap pokok durian. Selain itu, Nek Siah juga sering memberi bantuan dari segi nasihat kepada Solehah sekeluarga, Nek Siah menasihati Anuariza agar tidak pergi mengambil asam kelubi yang terletak di kawasan paya kerana bimbang tentang keselamatan Anuariza. Persoalan baik hati ini juga terdapat pada Solehan yang sanggup menawarkan diri untuk menjaga anak-anak Khusyairi dan Saliah semasa anak Khusyairi iaitu Rohaiza dimasukkan ke hospital kerana disyaki diperkosa oleh Syed Fariz.
Mementingkan Pelajaran
Pelajaran amat penting dalam kehidupan manusia untuk membolehkan manusia menjalani hidup dengan harmoni. Persoalan mementingkan pelajaran terdapat pada watak Tuk Syed dan Nek Siah. Semasa baru berpindah ke kampung bersama Solehah dan Azuera, Anuariza tidak dihantar ke sekolah oleh ibu angkatnya Solehah kerana kesempitan hidup. Namun setelah Tuk Syed dan Nek Siah menasihati Solehah agar menghantar Anuariza dan Azuera ke sekolah untuk menjamin masa hadapan kedua-dua anak Solehah barulah Solehah menghantar anak-anak bersekolah dengan bantuan Tuk Syed dan Nek Siah. Manakala Solehah pula mengambil upah menorah getah untuk menanggung perbelanjaan hidup mereka tiga beranak.
No comments:
Post a Comment