Friday, April 17, 2009

Meniti Senja di Losari

Halimah Sulong iaitu isteri kepada Arenawati juga menunjukkan bakat dalam penulisan sajak. Beliau telah lama menulis sajak ini dan disimpan lama tanpa pengetahuan arwah suaminya. Pada malam tersebut barulah sajak yang ditulisnya sekian lama dideklamasikan di khalayak penonton. Sajak ini merupakan luahan perasaan beliau ketika bertemu dengan Arenawati di pantai.

Baca Naskah Surat Dari Gunung

Sejuta pengertian...

Fragmen drama Sukma Angin

"Akal itu tidak semuanya dapat dicapai dengan akal saja. Nurani kita perlu. Rasa kita itu perlu. Akal tidak mampu membaca magis yang ghaib. Itu dibaca rasa. Itu diayak, disaring, ditentukan, disahkan hati nurani." (Arenawati)

Fragmen drama Sidang Kucing

Kemanusiaan kini bertukar kebinatangan. Gugur anak menjadi kebiasaan. Aduhai manusia...layak ke lagi digelar manusia???

Fragmen drama Sandera

"Dalam politik ini, ada kalanya kita berteman, bergabung, tetapi dengan kemahuan yang berlainan" (Arenawati)

Warna Sukma Helang Makassar Epitaf Untuk Arenawati

Pada 10 April 2009, jam 8.30 pm di Auditorium DBP satu persembahan fragmen drama adaptasi daripada karya-karya Arenawati iaitu Lingkaran, Sandera, Sukma Angin, Sidang Kucing dan Surat dari Gunung. Saya begitu teruja untuk melihat dan meneliti karya-karya yang ditulis oleh sasterawan negara ini. Beliau berasal dari Indonesia tetapi bertemu jodoh dan berkahwin dengan gadis Melayu. Penghijrahannya ke Malaysia memberi sumbangan dengan penghasilan karya-karya sehingga dianugerahkan dengan pelbagai anugerah dan dianugerahkan sebagai Sasterawan negara pada tahun 2007. Beliau meninggal dunia pada 25 Januari 2009 dan kehilangannya amat terasa dalam dunia sastera. Secara keseluruhan, persembahan yang dibuat begitu memukau dengan bait-bait puitis dan mendalam maksudnya.

Fragmen drama Lingkaran

Fragmen drama Lingkaran ini diadaptasi daripada novel Lingkaran karya Arenawati.
"Apapun yang dibuat oleh manusia, waima dengan perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan" (Arenawati)

Wednesday, April 1, 2009

Sukar Untuk Dimengertikan..

DUNIA SEMAKIN TUA DIMAMAH USIA
MANUSIA SEMAKIN LEKA DALAM KEALPAAN
HANYUT DAN TERUS HANYUT
DALAM LAUTAN DUNIAWI

KEMANUSIAAN MENJADI KEBINATANGAN
RAKUS DIKUASAI NAFSU
IMAN YANG SENIPIS BAWANG
TERUS MENIPIS
DAN MANUSIA TERUS LEKA
DIBUAI BISIKAN SYAITAN

MANUSIA AKHIR ZAMAN
SAMPAI BILA TERUS BERSANDIWARA
BERGELUMANG DENGAN DOSA
MENGHALALKAN YANG HARAM
TAKBUR DENGAN KEMEWAHAN
MASING-MASING MAHU BERKUASA

RESAH GELISAH TAK BERKESUDAHAN
HANYA MATA MAMPU MEMERHATI
TINTA MENJADI SAKSI MEDAN PERKHABARAN
MENEROBOS PINTU HATI
MEMBISIKKAN KELUHAN
UNTUK DIRENUNGI

sepi seorang aku

tika malam bertamu
hati mula terusik
kesepian pun bertandang
kekosongan mengisi sanubari..
merantai jiwa..
seksanya..
aku sendiriran lagi
argh..kenapa???
cinta datang dan pergi
bersama waktu
dan aku..
masih lagi menganyam mimpi
yang tiada penghujungnya..
melakar impian bersama dengan seseorang
seseorang yang aku sendiri tidak pasti
wajah-wajah yang mengharap
dipandang sepi
salam demi salam dibiar pergi
entahlah..
mungkin aku masih mahu betemankan kesepian
kerana sepi itu adalah aku..