Kekadang kita tidak menyedari
tentang putaran kehidupan
terkadang kita berdiri gah
bersama gemerlapan bintang-bintang
dikelilingi manusia yang pelbagai ragam
tapi ada ketika
kita terperuk di penjuru dunia
mata hanya memerhati
lakonan manusia silih berganti
amat memualkan
amat memalukan
amat menjijikkan...
Lihatlah rencah kehidupan
masing-masing mahu menjatuhkan
masing-masing mahu mendabik dada
akal tidak lagi digunakan
nafsu perasaan jadi landasan
pengaruh mempengaruhi
fitnah memfitnah
umpat keji
sumpah seranah
maki hamun
jadi perasa dalam jiwa mereka...
Entah pada siapa
air sungai tidak lagi sejernih dulu
lingkaran roda kehidupan amat pantas berputar...