Friday, September 11, 2009

Aidilfitri mengamit rindu sang perantau


Semakin hari
kita semakin dekat dengan Aidilfitri
hari kemenangan hari yang ditunggu-tunggu
seluruh umat Muhahammad S.A W
di pelosok dunia..
Segala cobaan sepanjang Ramadhan
seakan tidak terasa
semuanya berlumba-lumba membuat yang terbaik
menambahkan ilmu di dada
menebalkan iman yang senipis kulit bawang meningkatkan ketakwaan
kepada sang pencipta
yang tiada tolak bandingnya..


Namun,
semakin menghampiri Aidilfitri
hati merasa sedih
alangkah indahnya jika Ramadhan tidak berlalu
kerana kewujudannya memberi sejuta rahsia dan rasa
buat mereka yang memikirkannya...

Dan,
sang perantau mula terusik hatinya
sendirian berkelana di perantauan
demi mencedok ilmu duniawi
merindui meriahnya Aidilfitri
bersama insan-insan tersayang
nun jauh di bawah bayu..

No comments:

Post a Comment