Friday, August 7, 2009

Kebosanan bermaharajalela...

Tika kebosanan melanda,
Fikiran jadi haru biru,
Mencoret apa yang terlintas,
Sehingga menjadi bait-bait puisi,
Entah kritis atau puitis,
Kerana ia tertulis dalam kebosanan...





Tika kebosanan menerjah,
Semuanya berserabut menjadi kabut,
Pandang sana sini semuanya sama,
Pusing kanan kiri masih juga begitu,
bersimpang siur akalku berputar...

Suara hatiku menjerit,
Bergema dalam gua halkum,
Menghalau segala kebosanan,
Menyeru aura ketenangan,
Agar kebosanan tidak terus bermaharajalela,
Menyelubungi kamar hatiku...




No comments:

Post a Comment