Friday, August 21, 2009

Nyalakan kembali unggun api patriotisme!

Setelah berdekad mengecap kemerdekaan,
kita seperti kacang lupakan kulit,
lupa pada perjuangan lampau,
lupa pada penjajahan berdarah,
lupa pada asal usul,
lupa pada identiti,
lupa segala-galanya...

Pada kita tarikh 31 Ogos
ibarat perayaan yang mesti diraikan setiap tahun,
bendera Malaysia mesti dikibarkan,
tapi,
sejauhmanakah penghayatannya?
Sekadar melepaskan batuk di tangga?
atau seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing?

Kita tidak ubah seperti emak si randang,
anak dipangku diletakkan,
kera di hutan disusui,
pemikiran kita masih dijajah
budaya barat jadi ikutan,
budaya timur dikatakan kuno?

Sampai bila bermuka dua?
sampai bila seperti kera mendapat bunga?
ayuh!
kita nyalakan kembali unggun api patriotisme!
Kita seru semangat Antanom,Dato Bahaman,
Rentap,Tok Janggut,
Kita nyahkan anasir luar!
dari merampas kembali tanah air tercinta!

No comments:

Post a Comment