KUALA LUMPUR - Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memainkan peranan penting memimpin masyarakat dalam senario politik negara.
"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan semalam.
.Suatu masa, wilayah Khurasan pernah ditadbir oleh gabenor Yazid bin Muhallab. Dia seorang lelaki kacak dan cantik wajahnya. Selain mempunyai jasmani yang menarik, Yazid bin Muhallab juga seorang yang pintar dalam pentadbiran, sehingga rakyat sangat menyukainya dan suka mendengarkan pidatonya.
Akan tetapi, dia tidak begitu suka tinggal di Khurasan, maka dia pun dipindahkan ke tempat lain. Sebagai gantinya, kerajaan pusat mengangkat Qutaibah bin Muslim untuk menjadi gabenor Khurasan. Dia seorang lelaki yang agak hodoh dan kelihatan tidak begitu menarik.
Seorang penyair muda telah menggubah syair tentang gabenor Qutaibah ini yang bunyinya:
Semasa Yazid mentadbir Khurasan, semua wajah kelihatan ceria. pintu-pintu nikmat dan kemewahanterbuka luas. Tapi kini, diganti oleh monyet di sekitarnya berwajah hodoh dan menakutkan.
Apabila syair itu tersiar dan sampai kepada Qutaibah, gabenor baru ini sangat marah dan memerintahkan agar penggubahnya ditangkap. Akan tetap si penyair segera melarikan diri dan menyembunyikan diri buat beberapa masa. Akhirnya dia tidak tahan bersembunyi lama dan nekad untuk pergi berjumpa dengan ibu Qutaibah dan meminta surat jaminan daripadanya.
Setelah mendapat surat itu, dia pergi ke istana gabenor dan menyerahkan surat tersebut. Qutaibah tidak dapat berbuat apa-apa setelah menerima surat dari ibunya.
“Dengan wajah apa engkau datang berjumpa denganku?” Tanya Qutaibah.
“Dengan wajah yang kugunakan untuk berjumpa dengan Tuhanku, tapi Dia lebih banyak berbuat baik terhadapku daripada aku berbuat baik kepada-Nya. Dia tidak marah. Padahal kesalahanku kepadanya lebih banyak jika dibandingkan dengan kesalahanku kepadamu.” Qutaibah tertawa dan suka mendengarkan alasan si penyair itu, maka dia pun dibebaskan.
Wajah masing-masing dibasahi peluh dengan cuaca yang panas membahang. Kanak-kanak berkejar-kejaran, anak-anak kecil ada yang menangis dan si ibu sibuk memujuk dan memarahi anak-anak yang yang aktif berlarian menganggu orang ramai yang bersesak-sesak dengan urusan masing-masing. Keadaan begitu bising sekali dengan bunyian muzik gong, keyboard,televisyen dan suara-suara manusia yang tidak diketahui tutur bicaranya. Di halaman rumah sebuah kem memuatkan tajau-tajau disusun kemas di sebelah-menyebelah meja panjang yang dibuat khas untuk meletakkan tajau-tajau. Tajau-tajau itu berisi sejenis minuman yang memabukkan dan dinamakan sebagai “tapai”. Di atas meja itu terhidang dengan pelbagai sup dan makanan tradisional seperti jeruk ikan dan daging serta “tuhau”. Kaum lelaki begitu asyik meminum minuman yang memabukkan itu dan rata-ratanya mereka berjalan terhuyung-hayang, wajah merona merah seperti udang terbakar, bercerita sambil ketawa terbahak-bahak. Entah apa yang melucukan.
Di atas rumah pula, suasana binggit dengan suara-suara manusia saling bertingkah antara satu sama lain sambil sibuk ke hulu ke hilir menatang dulang berisi nasi dan lauk pauk, pinggan, cawan, teko dan pelbagai juadah. Makanan dan minuman tersebut dikumpulkan di ruang tamu rumah tersebut. Seorang perempuan tua sibuk mengatur makanan dan minuman sambil mulut becok memperkatakan sesuatu. Seorang perempuan yang muda dalam lingkungan 30-an memegang sebuah buku dan pen sambil mencatatkan sesuatu dan berbincang dengan beberapa lagi golongan wanita. Beberapa orang wanita membahagikan makanan dan minuman tersebut kepada tetamu. Para tetamu mengambil bahagian masing-masing dan apabila selesai makan tengahari, dulang dan teko yang digunakan tadi dipunggut kembali oleh tuan rumah. Para tetamu telah meletakkan duit di atas teko dan dulang tersebut berdasarkan harga yang telah ditetapkan oleh tuan rumah. Dua orang gadis sunti berumur 20-an sedang rancak berbual sambil memerhati suasana itu dan sekali sekala mengambil gambar yang menarik perhatian mereka.
“Lynee, uniknya perkahwinan kaum kamu ni...Selalu majlis perkahwinan buat berapa hari?” Sue Lin gadis Cina yang menetap di Kota Kinabalu telah bertandang di rumah Lynee di Nabawan untuk menyaksikan sendiri upacara perkahwinan kaum Murut dengan lebih dekat. Kamera digitalnya tergantung di leher dan sebuah buku kecil dikeluarkan sambil menunggu penerangan kawan baiknya itu. Sue Lin dengan Lynee penuntut tahun tiga di Universiti Malaysia Sabah.
Lynee memerhati perlakuan Sue Lin sambil tergelak kecil. Gaya kawan baiknya itu seperti seorang wartawan.
“Apasal ketawa nie? Saya tanya betul-betul la..” Sue Lin menampar lembut bahu kawannya itu.
“Maafla..Saya ketawa sebab kamu ni macam wartawan pula. Baiklah berbalik kepada soalan Sue tadi, biasanya perkahwinan Tinauh berlangsung selama 3 hari tetapi ada juga yang selama 5 hari.
“Lamanya…berian tu apa ya?
“Berian sama seperti mas kahwin dan jumlahnya memang mahal. Antara barang-barang yang diberi sebagai berian kepada keluarga pengantin perempuan ialah duit, tajauatau dalam bahasa Murut “sampa” sama ada kecil atau besar, gongatau “ahung” iaitu ada gong yang diperbuat daripada tembaga dan ada yang diperbuat daripada besi, kain seperti kain sarung “tapi”, manik-manik atau “bungkas”, barang kemas seperti cincin, gelang tangan, rantai, anting-anting, gelang kaki dan jam tangan. Barian yang dibawa oleh keluarga pihak lelaki akan dibahagi-bahagikan secara sama rata kepada keluarga yang terlibat dalam menjayakan tradisi perkahwinan adat ‘tinauh’ ini. Jika tujuh buah keluarga yang terlibat, maka barian-barian tersebut akan dibahagikan kepada tujuh bahagian. Barian-barian yang perlu dibahagi secara sama rata itu seperti gong-gong (ahung) , tajau-tajau (sampa’), kain ela (kain kinayuh), kain sarung (tapi), manik-manik (sisitan) dan barang kemas (rantai emas, gelang emas, jam biasa dan cincin emas). Pembahagian ini disaksikan oleh semua semua wakil keluarga terutama ibubapa. Dalam hal pembahagianbarian ini keutamaan akan diberi kepada ibubapa pihak perempuan kerana merekalah yang paling banyak mengeluarkan belanja. Jom kita pergi ke kawasan kem pula.” Lynee mengajak Sue Lin yang begitu asyik mencatat sesuatu di nota kecilnya khusyuk mendengar penerangannya. Sue Lin tidak melepaskan peluang mengambil gambar yang menarik perhatiannya. Setibanya mereka di kawasan kem, ianya sangat sesak dengan orang ramai dan masing-masing punya gelagat yang tersendiri. Lelaki sedang minum tapai di kawasan lelaki dan kaum perempuan di bahagian mereka. Terdapat juga anak-anak muda bersiul mengusik Lynee dan Sue Lin tapi tidak diendahkan oleh mereka. Pengacara majlis membuat pengumuman dan suasana yang bising mula tenang. Pengacara majlis memberitahu bahawa upacara yang akan berlangsung nanti adalah upacara “memotong buluh”. Tempat bersanding pengantin dihias dengan buluh dan kayu yang di hiris-hiris di bahagian hujungnnya secara bertingkat-tingkat seperti berbentuk bunga tujuannya sebagai perhiasandan kelihatan sangat cantik. Kedua-dua penggantin duduk tersenyum mengenakan pakaian tradisional Murut.
“Wah..uniknya tempat mereka bersanding. pakaian penggantin pun cantik dengan manik-manik yang dihias penuh teliti dan kreatif.” Sue Lin merakamkan tempat penggantin bersanding sambil berbisik di telinga Lynee penuh kagum dengan adat perkahwinan kaum tersebut. Lynee juga sibuk mengambil gambar penggantin dan para tetamu yang hadir.
“Tempat penggantin bersanding tu dinamakan sebagai “sasangiang”. Pakaian penggantin lelaki dan perempuan yang berlatarkan warna hitam dinamakan sebagai baju “pinongkoloh”. Sekarang Sue lihat pula upacara “memotong buluh”.” Lynee menunjuk ke arah tempat bersanding di mana terdapat sebatang buluh diikat melintang dan beberapa orang yang merupakan keluarga penggantin lelaki dan perempuan bercakap sesuatu dengan kedua-dua penggantin dan selepas itu mereka memotong buluh tersebut. Buluh tersebut mengeluarkan air dan air tersebut akan ditadah kemudian disapukan kepada kepala budak kecil.
“Apa yang mereka cakapkan tu? Kenapa pula mereka sapu air dekat kepala budak tu?” Sue Lin tertanya-tanya dengan perlakuan yang dianggapnya ganjil dan dia tidak memahami perkataan yang mereka sebut kerana menggunakan bahasa Murut.
“Keluarga penggantin lelaki dan perempuan memberi nasihat yang mengandungi pesanan yang ditujukan kepada kedua-dua pasangan supaya sentiasa memelihara hubungan keluarga mereka, tidak bergaduh antara satu sama lain, lelaki mestilah menjadi ketua keluarga yang baik serta bertanggungjawab dimana lelaki mestilah sentiasa menjaga kepentingan keluarga dari segi keselamatan, kesihatan dan ekonomi, lelaki tidak boleh mencederakan isterinya manakala si isteri pula dinasihatkan supaya sentiasa menghormati suaminya, tidak melawan dan membantah cakap suami, menjaga makan minum dan pakaian suami, melahirkan anak, serta menjaga anak-anak di rumah dan menjadi suri rumah yang baik. Melalui nasihat yang diberi itu diharap keluarga pasangan tersebut akan sentiasa berkekalan dan berbahagia sehingga ke akhir hayat. Kepala budak tu disapu dengan air dari buluh tersebut kerana mereka beranggapan bahawa air dari buluh itu sebagai air suci yang menandakan bahawa budak yang disapu dengan air itu akan beroleh kehidupan yang baik disamping menjadi anak yang berguna di masa akan datang.”
“Oh..Begitu rupanya. Semuanya mempunyai maksud yang tersirat. Eh...Pengacara cakap kedua-dua penggantin akan “mengalai”. “Mengalai tu apa?” Wajah Sue Lin berkerut kehairanan sambil memandang muka Lynee meminta penjelasan.
“Tarian “mengalai” adalah sejenis tarian tradisionalsuku kaum Murut. Tarian ini menjadi kebanggaan kaum Murut kerana ia mempunyai keunikan yang tersendiri dan mampu menarik perhatian semua orang yang pernah melihat tarian ini. Setiap keramaian pasti tarian ini akan dipersembahkan di khalayak umum. Pada hari tradisi perkahwinan adat ‘tinauh’ ini juga tarian “mengalai” akan ditarikan oleh mempelai lelaki dan mempelai perempuan serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Mereka akan memakai pakaian “pinongkoloh” dan dihiasai oleh beberapa perhiasan lain kemudian menari di tengah-tengah ruang tamu dengan membentuk satu bulatan besar kemudian menari sambil berpusing. Mereka menari sambil diiringi oleh bunyi tujuh jenis gong yang dipalu oleh beberapa orang tengah atau “angkaunan”. Orang yang menari ini akan berhenti setelah bunyi gong dihentikan. Tarian “mengalai” ini mengambil masa setengah jam barulah mereka berhenti menari. Biasanya tarian “mengalai” ini akan diadakan setelah pasangan pengantin sudah habis disandingkan. Tujuan mengadakan tarian ‘mengalai’ ini adalah sebagai tanda kesyukuran keatas pasangan yang sudah habis disandingkan , merapatkan hubungan antara kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan keluarga perempuan serta memeriahkan lagi adat ‘tinauh’ ini.” Lynee menerangkan secara panjang lebar untuk memudahkan Sue Lin memahami adat kaumnya itu.
“Kalau Tarian Mangunatip atau Tarian Buluh dan Tarian Sumazau, Sue dah pernah tengok. Sue sangat suka melihat Tarian Mangunatip kerana ianya sangat mencabar apabila penari-penari menari dengan cekap. Dulu Sue tertanya-tanya kenapa nama tarian itu dinamakan sebegitu rupa. Rupa-rupanya mangunatip berasal dari perkataan ‘apit’ yang bermaksud “sepit” kerana tarian ini menggunakan buluh dan para penari memerlukan kepantasan dan kecekapan ketika menari.”
“ Ya. Tarian Mangunatip ditarikan dengan iringan pukulan gong pada awal tarian tetapi semasa buluh dilagakan, bunyi gong tidak diperlukan lagi kerana bunyi buluh yang dilagakan akan mengeluarkan bunyi yang kuat dengan irama yang menarik dan unik. Sebenarnya Setiap gerakan dalam sesuatu tarian mempunyai maksud yang tersirat. Tarian Mangunatip juga mempunyai makna disebalik sesuatu gerakan. Tarian yang lemah-gemalai membawa maksud kesopanan wanita dan pihak lelaki sebagai pelindung kepada wanita dalam kehidupan. Hal ini dapat dilihat ketika penari lelaki memegang parang dan perisai sambil matanya liar berwaspada dan seolah-olah sedang bertarung dengan musuh.
Ketika melalui buluh pula, penari lelaki dan wanita akan berpasang-pasangan sambil berpegangan tangan menari melalui buluh tersebut. Hal ini menerangkan kepada kita bahawa walau apa jua cabaran dan rintangan yang melanda, kedua-dua pasangan khasnya dalam institusi perkahwinan, kedua-dua pihak hendaklah berganding bahu menyelesaikan masalah dalam rumahtangga.”
Suasana beransur redup. Kitaran jam tidak terasa begitu pantas masa berlalu. Sue Lin duduk di kerusi yang disediakan di kem tersebut sambil melihat jam tangannya sudah menunjukkan jam 5.10 petang. Lynee menghilang entah di mana. Dia begitu leka mengambil gambar sehingga tidak menyedari Lynee tiada di sebelahnya. Matanya liar memerhati gelagat tetamu dan tuan rumah yang masing-masing sibuk menguruskan sesuatu. Terdapat juga mata-mata yang memandangnya. Mungkin hairan melihat kehadirannya di tengah-tengah kelompok mereka. Sue Lin hanya melemparkan senyuman apabila ada yang menyapanya dengan menggunakan bahasa Murut yang langsung tidak difahaminya. Bunyi gong memeriahkan suasana melahirkan bunyi-bunyian yang merdu didengar. Di kejauhan celah-celah orang ramai yang sedang lalu-lalang di halaman rumah, dia terlihat Lynee tersenyum menuju ke arahnya sambil memegang dua botol air mineral. Tiba-tiba tekaknya merasa dahaga.
“Hai..Sorry..Tadi Lynee pergi bilik air. Sue sibuk ambil gambar tadi sebab tu tak sempat nak bagitau. Ambil la air ni.” Lynee menerangkan perkara sebenar dan menyuakan sebotol mineral water kepada Sue Lin.
“Its ok..Sue seronok tengok gelagat mereka. Tadi ada orang tegur Sue tapi Sue tak faham apa dia cakap jadi Sue senyum je.” Sue Lin meneguk air membasahkan tekaknya yang kering kehausan. Lynee hanya tergelak kecil mendengar cerita Sue Lin.
“Mari kita pergi sebelah sana. Penggantin lelaki akan memberikan gula-gula dan duit syiling kepada kanak-kanak.” Lynee menunjuk ke arah tepi kem tempat kanak-kanak berkumpul membentuk bulatan sambil diperhati oleh tetamu dan orang tua.
Penggantin lelaki melambungkan gula-gula ke atas, dan semua kanak-kanak berebut-rebut untuk mendapatkan benda-benda tersebut. Selepas itu, duit syiling pula dilambungkan ke atas dan kanak-kanak masing-masing mahu emngumpulkan sebanyak mungkin duit syiling dan gula-gula yang dilambungkan tadi. Ibu bapa dan hadirin yang memerhati gelagat anak-anak yang terpaksa mencari duit syilling di celah-cekah rumput tergelak-gelak lucu dengan telatah kanak-kanak tersebut. Suasana pada ketika ini adalah sangat meriah, ia seperti satu pesta dan satu jenis permaianan yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Sue Lin dan Lynee tidak melepaskan peluang merakam dan mengambil gambar-gambar kanak-kanak yang mencuit perasaan.
“Berapa jumlah duit syiling dilambung oleh penggantin lelaki tadi?” Tanya Sue Lin sambil mengunyah gula-gula yang diberi oleh penggantin lelaki kepada mereka.
“Sudah menjadi satu kewajipan pihak lelaki menyediakan duit syiling dan gula-gula untuk diberi kepada semua kanak-kanak, biasanya duit syiling mengandungi jumlah sebanyak RM 20.00 ringgit dan duaplastik gula-gula untuk menampung jumlah kanak-kanak yang menyertai acara itu.” Lynee menjawab sambil mengambil gambar.
“Da gelap ni. Jom kita balik. Nanti malam kita datang sini lagi,” tambah Lynee. Sue Lin hanya menurut kerana dia pun amat letih sehari suntuk di rumah penggantin. Rumah penggantin tidak berapa jauh dengan rumah Lynee kerana penggantin perempuan tersebut merupakan sepupunya yang bekerja sebagai guru dan penggantin lelaki itu juga sebagai guru dan mereka mengajar di sekolah yang sama.
Usai membersihkan diri dan makan malam, Lynee dan Sue Lin duduk berehat sambil melihat rancangan berita di televisyen. Keluarga Lynee semuanya masih di rumah penggantin menolong apa yang patut.
“Malam ni upacara apa pula Lynee?” Tanya Sue Lin sambil memakan buah mangga masak yang sudah dihiris oleh Lynee.
“Malam ni upacara minum tapai je. Mereka minum sampai pagi. Semasa minum tapai, gong akan dipalu dan beberapa orang akan menari beramai-ramai sambil menyanyi lagu yang disebut “andui-andui.” Lynee turut memakan mangga yang masak ranum itu.
“Tak fahamlah Lynee. Apa tujuan mereka menyanyikan lagu itu?” Perasaan ingin tahu sangat mendalam hati Sue Lin untuk mengetahui adat perkahwinan tradisional suku kaum Murut yang pada pandangannya sangat unik dan mempunyai fungsi tersirat di setiap upacara yang berlangsung sepanjang majlis itu.
“Nanti saya terangkan. Jom kita pergi rumah penggantin. Nanti Sue tak sempat pula tengok upacara “andui-andui” tu.” Lynee bingkas bangun sambil memegang kamera digital kesayangannya itu.
“Jomla..” Sahut Sue Lin sambil berdiri menyangkutkan kameranya di leher. Dia sememangnya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan upacara “andui-andui”.
Setelah memastikan semua pintu berkunci, Lynee dan Sue Lin meninggalkan rumah menuju ke rumah penggantin. Dari jauh lagi bunyi gong kedengaran. Apabila sampai di rumah penggantin, para tetamu sedang menjamu selera. Kanak-kanak ada yang tidur bergelimpangan. Mungkin penat bermain seharian. Apabila bercakap, mereka terpaksa menjeritmelawan bunyi bising gong. Di kawasan kem, masih ramai lagi yang sedang minum tapai dan ada yang terlantar di lantai tidur dalam keadaan mabuk. Malah, ada juga peminum yang membuang air kecil tanpa melihat keadaan sekeliling lantas membuang tanpa menyedari ada mata-mata yang terlihat perbuatannya itu. Tapi orang yang sedang mabuk tidak dapat mengawal akalnya lagi. Beberapa orang lelaki yang melihat kejadian itu hanya bersorak mengetawakan perbuatan lelaki tersebut. Tidak lama kemudian upacara “andui-andui” pun bermula. Golongan veteran dan dewasa sama ada lelaki atau perempuan sama-sama menyanyikan lagu “andui-andui” sambil mengelilingi kawasan tempat minum tapai. Mereka yang minum tapai pula seolah-olah berlumba-lumba menghabiskan minuman tersebut. Sue Lin dan Lynee terus mengambil gambar dan merakamkan upacara “andui-andui” itu.
“Apa tujuan upacara “andui-andui” ni dinyanyikan?” Soal Sue Lin sambil memerhati mereka menyanyikan lagu “andui-andui” seolah-olah satu upacara pemujaan.
“Sebenarnya, “andui-andui” adalah satu nyanyian bagi kaum Murut yang dinyanyikan semasa mengadakan keramaian terutama sekali semasa meminum tapai. Setiap keramaian pasti ada pesta minum tapai. Semasa tradisi perkahwinan “tinauh”, “andui-andui” turut dinyanyikan. Ia seperti satu kemestian pihak tuan rumah untuk menyanyikan lagu “andui-andui” kepada tetamu. Jika lagu “andui-andui” tidak dinyanyikan, ia umpama tidak menghargai dan tidak menyeronokkan hati si peminum tapai. “Andui-andui” merupakan satu nyanyian bagi mereka sebagai menghiburkan hati dan memberikan perangsang kepada si peminum tapai itu supaya cepat sampai tandayang disebut “Tap” atau “Lokop” iaitu kira-kira dua atau tiga gelas air pada satu “Lokop” yang dimasukkan dalam tajau. Airnya akan diminum dan sekiranya sudah kurang air maka sukatan tiga gelas air akan dimasukkan ke dalam tajau dan begitulah sebaliknya sehinggalah tapai tersebut sudah tawar dan harus digantikan dengan tapai baru oleh pihak tuan rumah sehinggalah bekalantapaihabis.” Lynee secara terperinci memberi penerangan yang jelas untuk memahamkan Sue Lin.
Begitulah pengalaman-pengalaman dan kenangan manis yang begitu bermakna dalam hidup Sue Lin. Keramahan keluarga Lynee dan keluarga penggantin menyentuh hati Sue Lin. Dia dilayan seperti anak sendiri dan selama tiga hari di rumah Lynee, dia tidak merasa kekok kerana layanan mereka amat mesra sehingga dia merasa berat hati mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Lynee. Malah, keluarga tersebut mempelawanya datang ke rumah bila-bila masa sahaja. Masih banyak lagi perkara yang tidak diketahuinya mengenai adat-adat suku kaum Murut yang begitu unik. Dia berazam meneroka dan mempelajari budaya-budaya bangsa lain untuk dijadikan panduan kelak. Suatu hari nanti dia akan kembali lagi di daerah Nabawan.
Suara azan sayup-sayup kedengaran di cuping telinganya. Laungan azan Subuh yang merdu mendayu-dayu menyentuh hati nalurinya. Azam bingkas bangun dari tidur dan duduk berteleku menghayati bait-bait kalimat azan.
“Mama dengan papa mesti masih tidur. Alangkah bahagianya jika mama dan papa sama-sama solat subuh berjemaah dengan Azam.” Getus hati Azam yang sayu melihat kehidupan ibu dan bapanya yang saban hari dikelilingi oleh tembok kesibukan. Dia sedih melihat keluarganya tidak seperti keluarga kawan-kawannya yang lain.
Azam yang masih berumur 9 tahun begitu matang pemikirannya. Mungkin kerana dia terbiasa hidup berdikari dan ditinggalkan oleh ibu bapa yang begitu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Tinggallah dia di rumah yang tersergam mewah di kaki bukit dengan pembantu rumah Mak Siah dan tukang kebun Pak Din iaitu suami Mak Siah.
Perlahan-lahan Azam bangun mengambil wuduk di bilik air yang terletak di biliknya. Kedengaran bunyi bising di dapur.
“Mungkin Mak Siah dah sibuk menyediakan sarapan.” Fikir Azam. Dia kemudiannya khusyuk menunaikan solat subuh. Setiap kali berdoa, dia tidak lupa mendoakan ibu bapanya supaya kembali ke jalan Allah. Usai solat, Azam bergegas mandi dan bersiap-siap memakai pakaian sekolah. Setelah puas hati dengan kekemasan dirinya, dia turun ke tingkat bawah menuju ke dapur untuk bersarapan.
“Assalamualaikum Mak Siah.” Azam menyapa pembantu rumah yang setia berkhidmat di rumah itu semenjak dia masih bayi lagi. Mak Siah lah yang selalu menjaga makan pakainya dan dia sudah menganggap Mak Siah seperti saudaranya.
“Waalaikumussalam. Awalnya Azam hari nie.” Balas Mak Siah sambil tersenyum memandang Azam yang sudah duduk di meja makan. Azam sudah dianggapnya seperti anak sendiri kerana dua orang anaknya sudah dewasa dan berkeluarga. Kadang-kadang terdetik rasa sedih dengan nasib Azam yang kesunyian ekoran kesibukan ibu bapanya.
“Masak apa hari nie Mak Siah? Sedapnya bau...” Suara Azam mematikan lamunan Mak Siah.
“Nie ha nasi lemak makanan kegemaran Azam.” Sahut Mak Siah tersenyum sambil menyuakan sepinggan nasi lemak kepada Azam.
“Terima kasih Mak Siah. Sayang Mak Siah.” Kata Azam sambil ketawa. Dia terus makan nasi lemak itu dengan berselera. Mak Siah hanya ketawa dan menggeleng-gelengkan kepala melihat aksi anak tunggal Dr. Amirul Fawaz dengan Dr. Maisarah.
“Morning Azam.” Serentak suara Dr. Amirul Fawaz dan Dr. Maisarah menyapa Azam yang leka makan nasi lemaknya itu.
“Morning papa, mama.” Jawab Azam dengan mulut yang penuh dengan nasi.
Dr. Amirul Fawaz mencium dahi Azam diikuti oleh Dr. Maisarah.
“Maafkan mama dan papa ya. Semalam kami sibuk sangat dekat hospital.” Dr. Maisarah memulakan perbualan dengan anak kesayangan mereka Azam.
“Tak apa mama, papa. Azam faham.” Jawab Azam perlahan sambil memandang Dr Maisarah dan Dr. Amirul Fawaz.
“Kalau ada masalah jangan simpan je. Bagitau papa dengan mama ya...” Sampuk Dr. Amirul Fawaz sambil menghirup air. Dr. Maisarah mengiyakan kata-kata suaminya sambil mengunyah kuih karipap dan meneguk air. Selesai bersarapan pasangan suami isteri itu bergegas bertolak ke hospital. Sebelum pergi mereka mencium dahi dan memberi duit saku kepada Azam yang hanya memerhati. Selepas itu, Pak Din menghantar Azam ke sekolah. Begitulah rutin harian Azam setiap pagi pada hari persekolahan. Pada hujung minggu dan musim cuti sekolah, dia lebih suka memerap di rumah membaca buku pelajaran ataupun bermain game dan melayari internet. Pada waktu petang Azam akan pergi bermain bola dengan kawan-kawannya di padang yang berhampiran dengan kawasan perumahan. Ketika bersama-sama dengan kawan-kawannya, Azam lupa segala kesunyiannya.
Suatu petang, Azam berjalan seorang diri di sebuah taman rekreasi sekitar kampung tersebut. Di situlah Azam akan berjumpa dengan Lebai Nasir yang merupakan imam masjid di kawasan perumahan itu. Azam akan mendengar nasihat Lebai Nasir yang begitu bermakna. Lebai itu juga selalu membawanya bersama pergi ke masjid dan mengajarnya mengaji Al-Quran. Pertemuan Azam dengan Lebai Nasir tidak dirancang. Azam masih ingat lagi ketika dia begitu kebosanan di rumah dan tiada mood bermain bola,dia keluar bersiar-siar di taman rekreasi. Di situlah Lebai Nasir menegurnya dan dengan mudah dia menceritakan masalahnya dengan Lebai Nasir yang telah menganggapnya seperti cucu itu. Bermula dari situlah Azam mula belajar mengaji. Azam pernah diajar oleh Mak Siah dan Pak Din namun kadangkala kedua-dua suami isteri itu balik kampung semasa cuti sekolah menyebabkan Azam tidak dapat belajar mengaji.
Dr. Amirul Fawaz dan Dr. Maisarah perasan dengan perubahan Azam yang rajin mengaji di masjid dan Azam telah menceritakan pertemuannya dengan Lebai Nasir. Dr. Amirul Fawaz dan Dr. Maisarah terdiam malu namun tidak dapat berkata apa-apa dan memberi kebenaran kepada Azam untuk keluar mengaji Al-Quran. Azam tahu ibu bapanya malu dengannya kerana tidak mengajarnya mengaji Al-Quran dan Azam berharap ibu bapanya akan berubah suatu hari nanti. Lebai Nasir juga selalu memberinya kata-kata nasihat dan dorongan supaya tidak terpengaruh dengan kawan-kawan yang suka melepak tanpa melakukan perkara yang tidak berfaedah malah selalu ponteng kelas mengaji Al-Quran. Azam berjanji tidak akan mengecewakan Lebai Nasir yang menjadi tempatnya mengadu dan menumpang kasih seorang datuk. Azam juga pernah singgah di rumah Lebai Nasir yang hanya tinggal berdua dengan Nek Jah. Azam dilayan dengan baik dan penuh kasih sayang oleh suami isteri itu.
Pada waktu petang iaitu setiap jam 2 petang, Azam akan berbasikal menuju ke masjid untuk mengaji Al-Quran. Di sebuah selekoh, tiba-tiba kereta waja berwarna merah meluncur laju lalu melanggarnya dari arah bertentangan. Azam tidak dapat mengelak dengan pantas kerana tergamam dengan kelajuan si pemandu yang tidak mempedulikan pengguna jalan raya yang lain. Azam merasakan badannya melambung tinggi dan lama-kelamaan pandangan gelap. Kereta waja berwarna merah itu terus memecut laju tanpa melihat keadaan Azam yang terlantar tidak sedarkan diri. Nasib baik Wak Karto yang bekerja sebagai pemandu lori di sebuah ladang kelapa sawit kepunyaan Haji Salleh melalui jalan tersebut. Wak Karto terus mengangkat Azam yang berlumuran darah dan tidak sedarkan diri ke dalam lori. Lori yang dipandu oleh Wak Karto meluncur laju menuju ke hospital.
Apabila tiba di hospital, Azam dibawa ke wad kecemasan. Wak Karto menceritakan segalanya kepada doktor yang bertugas. Selesai urusan di di hospital, Wak Karto menuju ke bilik Dr. Amirul Fawaz yang bertugas di hospital tersebut. Dr. Fawaz amat terkejut dengan kejadian itu. Selepas mengucapkan ucapan terima kasih kepada Wak Karto, Dr. Amirul Fawaz menelefon Dr. Maisarah yang bertugas di bahagian wad perempuan mengandung dan bergegas ke wad kecemasan. Kelihatan Dr. Amirul Fawaz bercakap-cakap dengan salah seorang doktor yang sedang merawat Azam. Selepas itu, Dr. Fawaz keluar dari bilik itu dan duduk di ruang menunggu dengan wajah yang muram. kekesalan mula mengamit perasaannya. Anak tunggalnya itu selalu dibiarkan keseorangan di rumah dan dia sedar sejak akhir-akhir ini. dia dan isterinya jarang meluangkan masa bersama-sama dengan Azam. Perlahan-lahan setitik airmata jatuh membasahi pipinya. Dr. Maisarah muncul dengan tergesa-gesa dengan air mata berlinangan memeluk Dr. Amirul Fawaz. Dr. Amirul Fawaz mendakap mesra isterinya dan menyuruh Dr. Maisarah bersabar dan bertenang.
“Bang, apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana keadaan Azam?” Pertanyaan bertalu-talu disertai dengan esakan itu dibiarkan tanpa jawapan. Sedetik berlalu barulah Dr. Amirul Fawaz menjawab.
“Wak Karto terjumpa Azam tidak sedarkan diri dekat dengan selekoh menuju ke masjid tue. Wak Karto cakap, Azam kena langgar dan orang yang melanggar tue melarikan diri.” Dr. Amirul Fawaz menjawab dengan perlahan.
“Azam..Azam.. macam mana bang?” Dr. Maisarah bertanya dengan bimbang.
“ Abang dah tanya doktor yang rawat Azam. Azam dalam keadaan baik Cuma dia banyak kehilangan darah dan masih tidak sedarkan diri.” Dr. Amirul Fawaz mengesat air matanya dan cuba bertenang.
“Bang...kita bersalah dengan Azam. Selama nie kita jarang bersama dengan dia. Kita tidak menjalankan tanggunjawab kita sebagai ibu bapa baik kepada anak kita bang.... ”
“Abang sedar Sarah...Kita bertungkus-lumus menjalankan tanggunjawab kepada pesakit. Tapi kita lupa, kita abaikan Azam.”
“ Kita pentingkan diri sendiri bang..Sarah malu dengan Azam, malu dengan Lebai Nasir, malu dengan kawan-kawan kita.”
“Abang pun macam tue Sarah. Selepas nie kita kena luangkan masa dengan Azam. Kita dah lama abaikan dia.”
“Abang...Sarah rasa...Sarah nak berhenti kerja.”
“ Itulah yang sebaiknya Sarah...”
Perbualan Dr Amirul Fawaz dan isterinya terhenti apabila doktor yang merawat Azam menuju ke arah mereka.
“Macam mana keadaan Azam doktor?” Dr. Maisarah terus bertanya.
“Dr. Amirul Fawaz dan Dr. Maisarah...Al-Hamdullilah. Azam dalam keadaan stabil. Dia selamat. Tapi tangannya belum betul-betul sembuh.” Dr. Hakim memulakan penerangan yang melegakan hati Dr. Amirul Fawaz dan Dr. Maisarah.
“Tangan Azam patah?” Soal Dr. Maisarah bimbang.
“ Tangannya Cuma terseliuh. Mungkin seminggu lagi akan sembuh.” Jawab Dr. Hakim.
“ Terima kasih...” Ucap Dr. Amirul Fawaz sambil menjabat tangan Dr. Hakim sambil tersenyum lega.
Selepas itu, Dr. Hakim meninggalkan kedua-dua suami isteri itu untuk memberi peluang kepada mereka untuk melawat anak tunggal mereka itu. Dr. Amirul Fawaz dan Dr. Maisarah tanpa melengahkan waktu terus melangkah masuk menuju ke bilik Azam. Sebaik sahaja mereka masuk, Azam kelihatan terlantar di katil dengan tangan kiri berbalut. Terdapat kesan calar di muka, tangan dan kaki. Dr. Maisarah terus memeluk Azam dan mencium dahi dan pipi Azam dengan rasa sedih. Dr. Amirul Fawaz juga menghampiri Azam dan mencium dahi anak tunggal kesayangan mereka itu. Kesibukan mereka menjadi jarak pemisah untuk lebih dekat dengan Azam.
“Sarah serius ke nak berhenti kerja?” Dr. Amirul Fawaz menyambung kembali perbincangan mereka yang terputus tadi.
“ Ya, bang. Sarah dah fikir masak-masak. Mungkin sepatutnya dari dulu lagi Sarah ambil keputusan ini.” Balas Fr. Maisarah dengan tenang.
“ Kalau itu yang Sarah nak, abang tumpang gembira. Sekurang-kurangnya dengan keputusan Sarah nie kita dapat tebuskan semula kesilapan kita. Lagipun gaji abang dah lebih dari cukup untuk menampung keluarga kita.” Dr. Fawaz memeluk isterinya dengan penuh kasih sayang. Dr. Amirul Fawaz gembira dengan keputusan isterinya yang rela melepaskan pekerjaan yang diminatinya demi keluarga tercinta. Amirul Fawaz sememangnya tidak memaksa isterinya sama ada mahu bekerja atau tidak.
“ Mama...papa...” Suara Azam yang lemah mengejutkan Dr. Amirul Fawaz dan Dr. Maisarah lantas pelukan direnggangkan lalu mendekati Azam yang memandang perlakuan ibu bapanya itu sambil tersenyum.
“ Azam nak minum? Nak makan? Macam mana boleh jadi begini?” Tanya Dr. Maisarah sambil menyuakan segelas air kepada Azam.
“ Biarlah budak tue rehat dulu...” Sampuk Dr. Amirul Fawaz.
“ Mama...nak air.” Balas Azam lemah.
Dr. Maisarah terus menuangkan air dan memberikan kepada Azam. Azam terus meneguk air itu. Setelah dapat melegakan tekak yang kering, barulah Azam menceritakan kisah yang berlaku sehingga dia tidak sedarkan diri.
“ Azam dapat cam ke pemandu tue?” Soal Dr. Amirul Fawaz yang geram dengan pemandu yang tidak bertanggunjawab itu.
“ Azam tak cam papa. Pemandu tue seorang lelaki guna cermin mata hitam. Kejadian itu berlaku dengan pantas. Azam hanya ingat Azam dilanggar dan Azam rasa badan Azam melambung. Lepas tue Azam tidak sedar apa yang berlaku.” Azam satu persatu mengingat kembali kejadian yang ngeri itu.
“ Syukurlah Azam selamat. Wak Karto yang bawa Azam pergi hospital. Kebetulan dia lalu masa kejadian tue. Dia nampak Azam terbaring tidak sedarkan diri. Wak Karto lah yang memberitahu papa semua nie.” Dr. Amirul Fawaz menceritakan bagaimana Azam boleh samapi di hospital.
“ Tangan Azam patah ke?” Tanya Azam sambil memegang tangan kirinya yang berbalut, Mukanya mengerut kesakitan. Seluruh badan terasa sakit dan terdapat kesan calar di badannya.
“ Tangan Azam terseliuh je. Dalam beberapa hari lagi elok lah tue.” Jawab Dr. Maisarah sambil mengusap-usap kepala Azam.
“ Maafkan Azam papa, mama...Azam menyusahkan papa dan mama.”
“ Azam tak bersalah. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Papa dah laporkan kejadian nie dengan pihak polis. Tak tau lah pemandu tue dapat ditangkap atau tidak. Yang penting sekarang Azam selamat. Itu dah melegakan papa dan mama. Papa dan mama nak minta maaf dengan Azam kerana selama nie kami jarang bersama dengan Azam.” Dr. Amirul Fawaz sedar mereka tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa yang baik kepada Azam.
“ Ya, Azam. Papa dan mama janji tidak akan biarkan Azam keseorangan lagi. Mama akan berhenti kerja.” Dr. Maisarah menyuarakan perbincangan yang baru sebentar tadi dibincangkan dengan suaminya itu.
“ Betul ke mama?” Azam meminta kepastian dengan wajah yang girang. Dia memandang Dr. Maisarah dan memandang wajah Dr. Amirul Fawaz.
“ Betul...” Jawab Dr. Maisarah dan Dr. Amirul Fawaz serentak sambil tersenyum memandang Azam yang seakan-akan tidak percaya dengan berita itu.
Azam memeluk erat Dr. Maisarah dengan Dr. Amirul Fawaz yang duduk di katilnya itu. Akhirnya dia tidak akan kesunyian dan kebosanan di rumah lagi. Namun, masih ada lagi yang belum selesai. Azam berjanji akan merealisasikan impiannya selama ini.
Sejak hari itu, Dr. Maisarah telah meletakkan jawatannya sebagai doktor dan menumpukan sepenuh masa dengan hal-hal rumahtangga. Selama dua minggu di hospital, Azam begitu gembira sekali kerana sentiasa ditemani oleh Dr. Maisarah dan Dr. Amirul Fawaz yang menjenguknya apabila masa rehat. Dr. Maisarah menunaikan janjinya untuk berhenti kerja. Selepas dua minggu, Azam dibenarkan keluar dari hospital. Kes langgar lari yang dilaporkan oleh Dr. Amirul Fawaz masih lagi dalam siasatan polis dan peluang untuk menangkap lelaki yang melanggar itu juga sangat tipis. Dr. Amirul Fawaz telah memberikan hadiah sagu hati kepada Wak Karto yang menolong membawa Azam ke hospital walaupun pemberian itu ditolak oleh Wak Karto, namun Dr. Amirul Fawaz mendesak supaya menerima hadiahnya yang tidak seberapa itu. Akhirnya Wak Karto menerima sagu hati yang dberikan oleh Dr. Amirul Fawaz. Keluarga Azam juga telah mengadakan kenduri kesyukuran dan penduduk kampung dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Sejak kejadian itu juga, Dr. Amirul Fawaz dan Dr. Maisarah menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Mereka selalu sembahyang berjemaah dan kadang-kadang jika tidak bertugas pada waktu malam, Dr. Amirul Fawaz dan Azam akan pergi solat berjemaah di masjid. Azam amat bersyukur kerana disebabkan kejadian kemalangan itu, ibu bapanya sudah berubah dan perubahan itulah yang amat dinanti-nantikan oleh Azam selama ini. Lebai Nasir juga tumpang gembira dengan perubahan ibu bapa Azam dan mengkagumi semangat dan perilaku Azam yang sangat baik itu. Mak Siah dan Pak Din turut terkejut apabila mendapat berita kemalangan Azam dan bergeas balik ke rumah Dr. Amirul Fawaz dan Dr. Maisarah untuk melihat keadaan Azam yang sudah beransur baik. Kedua-dua pekerja itu masih lagi bekerja di rumah Dr. Amirul Fawaz. Mereka sangat gembira dengan keputusan Dr. Maisarah yang menumpukan masa sebagai suri rumah dan keceriaan Azam turut menyenangkan hati Mak Siah dan Pak Din.
aku mencari sebuah memori yang dulunya lenyap kini satu persatu mencantum menjadi satu cerita kisah antara kau dan aku
Di saat ini hatiku terluka lagi setelah lama kucuba melupakanmu kini kau menjelma lagi menagih kepastian untuk kembali menganyam cinta yang dulu kau musnahkan
Di saat ini aku terkurung dalam kemelut dilema kuakui cintaku padamu masih lagi utuh sama seperti dulu walaupun kau pernah melukai hatiku namun hebat sangat ke cintamu sehingga aku tidak bisa melupakanmu?
Di saat ini aku keliru antara menerima cintamu kembali atau terus melangkah tanpa menoleh kenangan cinta yang dulu kecundang? aku tak pasti kerana di saat ini aku bungkam membuat pilihan
Jika anda bercita-cita menjadi guru dan ditawarkan belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), jangan cepat teruja. Ini kerana, anda belum tentu lagi menjadi guru sekalipun anda berjaya mendapat segulung ijazah dari universiti ini
Masyarakat masih beranggapan bahawa nasib graduan ijazah pertama UPSI sama seperti graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu mereka akan menjadi guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah Malaysia. Anggapan ini salah. Semakin hari, UPSI semakin melupakan peranannya mendidik dan melahirkan guru Malaysia dan semakin ghairah menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru.
UPSI meminggirkan bidang pendidikan siswazah guru secara sistematik dengan berselindung di sebalik nama perancangan penjenamaan dan penstrukturan semula fakulti. Semua kursus-kursus yang berkaitan dengan subjek mata pelajaran sekolah di kesemua lapan fakulti yang ada sebelum ini mula dipinggirkan dengan melonggokkannya di satu fakulti saja iaitu Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
Tindakan peminggiran ini jelas apabila pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus-kursus Sains dan Matematik untuk bakal-bakal graduan guru sekolah dikeluarkan dari Fakulti Sains dan Teknologi serta dilonggokkan di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
Alasannya, pensyarah-pensyarah ini fokus kepada subjek Sains dan Matematik yang akan diajar di sekolah-sekolah dan seharusnya dipindahkan ke fakulti berkenaan. Saki baki Fakulti Sains dan Teknologi yang tertinggal diberi penjenamaan semula dengan nama Fakulti Sains dan Matematik.
Jika berasaskan kepada sebab yang diberikan, ini bermakna Fakulti Sains dan Matematik hanya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru sahaja. Jika UPSI membuat pengkelasan berdasarkan kriteria sebegini, kesannya nanti, hanya tinggal Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia sahaja yang mendidik graduan bakal guru manakala lapan fakulti lain yang selebihnya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka.
Layakkah UPSI terus memegang gelaran universiti pendidikan jika nanti hanya satu daripada sembilan fakultinya yang fokus kepada pendidikan guru? Apa akan jadi dengan tujuh fakulti lama yang tinggal dan satu fakulti baru yang telah ditubuhkan? Semuanya untuk pasaran terbuka bukan guru?
Sebenarnya, penstrukturan semula fakulti lebih kepada gimik pihak pengurusan untuk mengaburi mata masyarakat yang kononnya telah berlaku perubahan besar di UPSI. Kenyataannya, perubahan hanya kepada kedudukan bilik-bilik pensyarah akibat dipindahkan ke ‘fakulti longgok’. Mereka masih mengajar mata pelajaran yang sama kepada pelajar. Tidak ada apa-apa nilai tambah yang diperoleh daripada penstrukturan ini, selain menyusahkan pihak-pihak yang terlibat. Inilah penjenamaan semula dan penstrukturan semula fakulti yang UPSI banggakan sekarang.
UPSI kini berhasrat untuk menggadaikan warisan tradisinya mendidik guru. Sedangkan universiti-universiti lain berusaha untuk menawarkan lebih banyak kursus pendidikan tetapi UPSI sendiri mula meminggirkan bidang pendidikan guru yang menjadi darah daging UPSI sejak zaman SITC tahun 1922 lagi. Inilah salah satu contoh masalah yang berlaku.
Barangkali UPSI berpendapat, hak untuk menawarkan sebarang kursus adalah hak UPSI. Masalah untuk menempatkan graduannya di sekolah-sekolah adalah masalah Kementerian Pelajaran. UPSI tidak perlu fikir itu semua sebab yang paling penting, UPSI boleh nampak gah menawarkan kursus-kursus yang tidak ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru atau mana-mana IPTA lain. Masalah penempatan guru untuk graduannya, biarlah kementerian berkenaan yang selesaikan.
Nyata sekali, UPSI tidak pernah mengkaji sedalam-dalamnya pasaran guru untuk kesemua graduannya. Semakin hari, semakin galak UPSI merancang dan menawarkan pelbagai kursus yang tidak relevan dengan keperluan kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia. UPSI semakin lupa diri dan merasakan ia perlu sama dengan IPTA lain. Sebab itulah UPSI ingin sama-sama berlumba dengan IPTA dan IPTS lain dalam menawarkan lebih banyak kursus untuk pasaran bukan guru.
Sifat angkuh UPSI sekarang yang enggan memahami keperluan kementerian adalah punca utama masalah penempatan graduannya di sekolah-sekolah. Untuk mengubat hati, UPSI mengatakan bahawa graduannya masih boleh menjadi pensyarah di politeknik.
Sebenarnya, peratusan graduan UPSI yang berjaya menjadi pensyarah di politeknik amatlah kecil. Jika benar peratusannya tinggi, hebahkanlah jumlah peratusannya kepada masyarakat supaya boleh menjadi kebanggaan. Masyarakat di luar sana berhak tahu kerana mereka yang akan menghabiskan banyak duit menghantar anak-anak mereka belajar di UPSI.
Kepada anda yang benar-benar bercita-cita menjadi guru, anda berhak membuat pilihan yang lebih tepat. Ketika ini, pilihanterbaikanda adalah Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana selain mendapat bantuan elaun semasa belajar, peluang untuk ditempatkan di sekolah-sekolah juga jauh terjamin berbanding graduan UPSI. Setidak-tidaknya, anda tidak akan menganggur untuk satu tempoh yang lama sambil menanggung beban dengan hutang PTPTN. Semak semula surat tawaran anda jika ditawarkan ke UPSI dan fahamilah erti sebenar ‘kursus terbuka’ jika tertulis di dalamnya. Pilihan sebenar di tangan anda.
Jika ada yang bilang ku lupa kau Jangan kau dengar Jika ada yang bilang ku tak setia Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat Ku menolak Semua itu kerna ku cinta kau
Jika ada yang bilang ku tak baik Jangan kau dengar Jika ada yang bilang ku berubah Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat Ku menolak Semua itu kerna ku cinta kau Kau
Saat kau ingat aku ku ingat kau Saat kau rindu aku juga rasa Ku tahu kau slalu ingin denganku Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan Tuhan yang tahu ku cinta kau
Jika kau tak percaya pada ku Sakitnya aku Jika kau lebih dengar mereka Sedih hatiku Banyak cinta yang datang mendekat Ku menolak Semua itu kerna ku cinta kau